top of page
Kolej Keris Mas
​
Kolej Keris Mas merupakan salah sebuah kolej yang terbesar dalam Universiti Kebangsaan Malaysia. Kolej ini mempunyai 9 blok dimana 2 blok lelaki, 6 blok wanita dan satu blok yang dikhaskan untuk penginapan luar. 
​
Blok Penginapan Luar
​
Blok 3 merupakan blok yang dikhaskan untuk penginapan luar dimana blok ini terletak bersebelahan blok 4. Selain itu, terdapat juga kemudahan parkir kereta yang terletak dibelakang blok ini untuk kemudahan penghuni penginapan luar dan penghuni-penghuni lain.
​
Blok ini merupakan blok  yang mudah akses dimana laluan utama blok ini bermula di aras 3. Disamping itu, kemudahan-kemudahan seperti pantri, bilik TV dan bilik basuh juga berada di aras 3. Untuk makluman, blok ini dibahagikan kepada dua bahagian dimana di bahagian kanan dikhususkan kepada penghuni lelaki dan bahagian kiri untuk penghuni wanita.
​
Kemudahan-kemudahan di Kolej Keris Mas
​
Selain itu, kolej ini juga menyediakan sewaan untuk bilik kemudahan lain bagi kegunaan penghuni dan orang luar. Kemudahan-kemudahan terletak dalam bangunan pentadbiran Kolej Keris Mas. Antaranya, bilik seminar 1,2,3 dan 4, bilik konvensyen,bilik bankuasi 1 dan 2, serta dewan besar. Untuk  rujukan gambar,kapasiti dan harga boleh dilihat pada halaman seterusnya.
​
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 03-8921 4011.
​
PETUNJUK :
Kolej Keris Mas merupakan salah sebuah kolej penginapan yang terdapat di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia, yang dikelilingi dengan alam semulajadi.
​

Kolej Keris Mas berdekatan dengan danau golf dan dewan gemilang.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI NO:

​

03-8921 4011

  • 2016_instagram_logo
  • Facebook Social Icon
bottom of page